PENGENALAN SISTEM

SISTEM D'eKS (DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH)

Fungsi utama sistem ini adalah untuk Kerja Pengurusan Kaunseling secara atas talian dan database (pengkalan data). Antara aplikasi sistem yang ada dalam sistem ini adalah seperti berikut;
  1. Aplikasi Sistem e-Kaunseling yang berfungsi untuk mengurus segala  maklumat pelaporan sesi kaunseling, bimbingan, program dan konsultasi. Ia juga menganalisis data secara automatik dalam bentuk pelaporan L4 semasa dan dalam bentuk graf yang interaktif.
  2. Aplikasi Sistem e-Pelaporan yang berfungsi sebagai penyediaan borang pelaporan secara online mengikut format pelaporan yang dikeluarkan oleh KPM. Ia juga boleh menyimpan data secara kekal didalam sistem walaupun pelaporan tersebut telah dihantar.
  3. Aplikasi Sistem e-Pengurusan yang berfungsi sebagai stor penyimpanan bahan, fail, foto dan apa-apa bahan softcopy. Ia berkonsepkan penyimpanan secara atas talian dan boleh dicapai dimana-mana sahaja (Konsep Could).
  4. Aplikasi Sistem Cetakan pelaporan dan Pengkalan Data Pelaporan sesi. Ia berfungsi sebagai pengkalan data yang menyimpan semua pelaporan sesi dan di susun mengikut Abjad Nama Klien, Tarikh Sesi atau Program. Ini memudahkan carian fail atau pelaporan sesi apabila keperluan untuk rujukan semula.



SISTEM e-KLIEN

Fungsi utama sistem ini adalah bertindak sebagai medium perhubungan antara kaunselor dengan klien (murid, guru dan ibu bapa). Selain itu, ia juga bertindak sebagai penyampaian maklumat secara berpusat kepada klien sasaran. Antara Aplikasi sistem yang ada dalam sistem e-Klien adalah seperti berikut;

  1. Aplikasi e-Sharing yang berfungsi sebagai medium perkongsian permasalahan dengan kaunselor secara online dan dihantar secara terus kepada kaunselor pilihan klien ke telefon pintar kaunselor tersebut.
  2. Aplikasi e-Temujanji Kaunselor yang mana ia berfungsi sebagai borang temujanji secara online dan dihantar kepada kaunselor pilihan melalui telefon pintar kaunselor tersebut.
  3. Aplikasi e-Intervensi yang menyediakan himpunan borang Inventori Psikologi. Penyediaan borang tersebut secara online dan klien boleh menjawab secara online dan terus mendapat skor. Ia menggalakkan klien membuat penerokaan kendiri secara self service.
  4. Aplikasi e-Rujukan Kaunseling yang berfungsi sebagai borang rujukan murid oleh guru secara online dan dihantar terus ke telefon konselor yang bertugas.
  5. Aplikasi e-Cadangan yang membolehkan ibubapa memberi cadangan atau sumbangan kepakaran kepada pihak sekolah melalui PIBK sekolah.
  6. Aplikasi e-Pelawat dan Daftar Klien yang berfungsi sebagai Buku Pelawat dan Buku Daftar Klien secara online. Senarai nama akan disimpan dan dipamer di paparan skrin komputer serta akan dianalisis dalam bentuk graf tentang statistik kehadiran pelawat dan klien ke bilik kaunseling.


APLIKASI SISTEM e-PSIKOMETRIK & e-MINDA SIHAT
Aplikasi sistem ini adalah berfungsi sebagai pelaksanaan Ujian Psikometrik dan Ujian Saringan Minda Sihat secara online kepada Murid Tingkatan 1, 3, 4 dan 5.

Antara Ujian Psikometrik dan Minda Sihat yang tersedia adalah seperti berikut;
  1. IMK2 (untuk murid tingkatan 1 dan 3),
  2. ITP tingkatan 1, ITP tingkatan 4,
  3. IKP2 (untuk tingkatan 3)
  4. IKK (untuk murid tingkatan 5).
  5. Ujian DASS & Gaya Tindak
Dengan penggunaan aplikasi ini, ia dapat memudahkan kerja, menjimatkan masa dan tenaga guru kaunseling sebanyak 90%. Ini kerana ia dijalankan secara online di makmal komputer tanpa meresos kertas dan menganalisis skor. aplikasi ini dapat menganalisis skor secara automatik, serta menghasilkan skor murid dalam bentuk sijil pelaporan individu dan mengikut kelas.

Antara Kelebihannya;

  1. Menjimatkan masa dan tenaga kaunselor. (Tak da lagi resos dan edar kertas, tak da lagi tadbir skor, tak da lagi analisis skor, tak da lagi semak skor, tak da lagi key in jawapan secara offline, tak da lagi buat analisis individu, ikut kelas dan tingkatan... SEBAB SEMUA SISTEM BUAT SECARA AUTOMATIK.
  2. Menjimatkan kertas (paper less, jawab secara online dalam makmal komputer ikut kelas)
  3. Penyimpanan data/skor secara database (tak perlu print, bila perlu sahaja print).
  4. BILA MURID JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK DAN MINDA SIHAT DAN KLIK SUBMIT, IBARAT KERJA KAUNSELOR DAH SIAP 90%
  5. Cepat dapat memberi bantuan atau intervensi bagi murid sasaran.
10 Oktober 2016




Hari Anugerah Hari Inovasi Kebangsaan KPM 2015 : Johan Kategori Sistem Maklumat

Johan Kategori Maklumat Hari Inovasi Kebangsaan KPM yang diadakan di Sarawak pada 20 dan 21 Oktober 2015. Projek INOVASI DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH kami berjaya mendapat johan hasil dari pertandingan yang telah dijalankan pada 5 hingga 6 Oktober 2015 di Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM, Putrajaya.





          



PENGENALAN SISTEM  D'eKS 
(DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH)






cikguCMP@. Powered by Blogger.